Showing posts with label Monolog. Show all posts
Showing posts with label Monolog. Show all posts

Thursday, 23 October 2008

Maafkan Diriku...

Pernah dulu kau bertanyakan padaku apakah aku menyayangimu, lalu aku menjawabnya :

'Bahkan kerana Allah dan Rasul aku mencintaimu'
Dan kau bertanya lagi sekadar mana kasihku padamu, lalu aku menjawabnya :

'Seperti aku menyayangi diriku sendiri, bahkan lebih dari itu, dan Rasulku pernah bersabda: 'Tidak sempurna iman seseorang itu hinggalah dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri'

Lalu kau bertanya lagi padaku sejauh mana aku sanggup korbankan untuk membuktikan kasihku padamu. Dan aku menjawabnya :

'Harta dan nyawaku, dan aku bercita-cita untuk berkorban seperti sahabat-sahabat baginda Rasulullah, golongan Ansar yang mengorbankan kepentingan diri mereka untuk Muhajirin yang mereka cintai '

Dan kau bertanya lagi padaku, apakah yang akan aku perolehi dari pengorbanan seperti ini. Lalu aku menjawabnya:

'Kemanisan Iman'

Kemudian kau bertanya lagi, apakah yang lebih aku kasihi. Lalu aku akan menjawabnya :

'Allah dan RasulNya'

Dan akhirnya aku berkata padamu, sesugguhnya tidak ada yang mampu membuatkan aku membenci dirimu melainkan engkau lakukan perkara yang menimbulkan kebencian Allah dan Rasulku, maka aku akan turut membencimu.

Namun hiwar antara diriku dan dirimu ini telah berlalu. Dan engkau pergi membawa haluanmu. Akibat desakan usia muda atau remajamu, aku kau tinggalkan dalam keadaan payah mempertahankan Iman di hati . Bagai menggengam bara api kata baginda Nabi. Dan aku tetap akan mempertahankannya. Dan aku yakin tuhan menyiapkan anugerahnya untuk sesiapa yang menjunjung tinggi syariatnya. Dan aku sentiasa mendoakanmu moga kembali berada di landasan ini, bersama di bawah panji para nabi.

Maafkan diriku wahai sahabatku, bukankah pernah ku nyatakan padamu bahawa sesugguhnya tidak ada yang mampu membuatkan aku membenci dirimu melainkan engkau lakukan perkara yang menimbulkan kebencian Allah dan Rasulku, maka aku akan turut membencimu.

Maka setelah haluanmu yang kau pilih sendiri, maka aku terpkaksa meniggalkanmu, Meskipun sebenarnya engkau yang meniggalkanku untuk menjejaki teman-temanmu yang lebih awal mendahuluimu. Lantaran itu terjadilah perpisahan antara kita, kerana aku tidak membina ikatan ukhuwwah ini, melainkan kerana Allah dan RasulNya. Dan aku tetap mendoakanmu…
(Dedikasi Buat Diri Yang Berjuang Mempertahankan Gelora Cinta dan Amarah Nafsu Di Dada 1998-2001)

Monday, 20 October 2008

Semalam-Dalam Ingatan...

Semalam...

Semalam adalah malam 30 Ramadhan,
Di penghujung terawih ku terima mesej perkhabaran kematian seorang teman,
Yang baru kelmarin wajahnya ku tatapi,

Dia yang kelmarin diam mata terpejam,
Menanti ketetapan yang siapapun tidak pasti,
Dalam doa ada harapan,
Dalam harapan ada penyerahan,
Dalam kehidupan ada ketentuan,
Yang bakal dilalui setiap insan,

Sejurus selepas subuh aku bergegas bergerak ke utara,
Untuk melihat wajah itu buat kali yang terakhir,
Aku menjenguknya di kala Dhuha,
Ada peringatan bernilai untuk perjalanan ini,

Andai kematian bukanlah untuk ditangisi,
Maka ianya untuk diinsafi,

Dalam kemesraan lalu ada kenangan,
Dalam kebajikan ada keluhuran budi,

Yang pergi tetapkan pergi,
Yang tinggal bakal menyusul nanti,

Entah Esok atau hari ini,
Kematian adalah sesuatu yang pasti,

Ingin ku kirimkan doa,
Sebelum melelapkan mata,
Di malam Aidilfitri ini,
Untuk sahabat seperjuangan,
Dalam usaha mendididk anak bangsa tercinta...

Dedikasi Buat Us Yusof, Ramadhan 2007

Kelmarin-Ketika Aku Menziarahimu

Kelmarin,
Kelmarin yang lalu aku berkesempatan menziarahi seorang rakan sekerja di hospital,

Kelmarin,
Kelmarin yang lalu melihat keadaannya menimbulkan rasa keinsafan,

Kelmarin yang lalu,
Kelmarin dari minggu dan bulan-bulan lalu, kami masih bersembang-sembang seperti kebiasaan,

Kelamarin,
Kelmarin adalah pertemuan sunyi dari sebarang perbicaraan.

Kelmarin,
Kelmarin tatkala aku ingin melangkah meninggalkannya ada dua tiga butir patah perkataan yang ingin dia lontarkan namun kurang kesampaiaan

Kelmarin,
Kelmarin hujan turun dengan lebatnya sewaktu pulang dari hospital,Dalam perjalanan aku berfikir berkali-kali akan nikmat tuhan yang sering ku lupakan,

Kelmarin juga,
Dalam gelak-tawa bersama rakan-rakan ada ketakutan yang cuba ku sembunyikan,

Hari ini,
Ramadhan cuma tinggal lebih-kurang empat hari lagi,Aku termenung menghitung hari-hari dalam Ramadhan yang ku tempuh tahun ini,Sama seperti selalu, di penghujung Ramadhan ini sememangnya menyentuh hati,Dengan amalan yang tidak seberapa ini bagaimana ingin ku mengadap Ilahi.....

Dedikasi Buat: Us Yusof, Ramadhan 2007

Sunday, 19 October 2008

Impian dan Kegagalan

Satu: Impian dan Kegagalan

Kata Orang, Ketakutan Yang Dibayangi Kegagalan Lalu Namanya Trauma,
Kataku Ia Merupakan Ujian, Supaya Semakin Kuat Lagi Pergantunganku Kepada Tuhan,

Kata Orang Kegagalan Yang Lalu Usah Dikenang,
Kataku Sememangnya Ia Cuba Dilipat Simpan, Cuma Dibuka Sekali-sekala Sebagai Rujukan Pengalaman,

Kata Orang, Mereka Yang Diuji Disayangi Tuhan, Untuk Dihadiahkan Dengan Kekuatan,
Kataku Aku Adalah HambaNya Yang Lemah Malah Serba Kekurangan,

Kata Orang, Kadangkala Allah Sembunyikan Matahari, Dia Datangkan Petir dan Kilat. Kita Menangis dan Tertanya-tanya, Kemana Hilangnya Sinar...Rupa-rupanya Allah Nak Hadiahkan Kita Pelangi
Kataku Indahnya Pelangipun Singgahnya Sebentar Cuma,

Kata Orang, Apalagi Yang Paling Besar Yang Ingin Kau Cari sekiranya Ditakdirkan Impianmu Tuhan Cukupi,
Kataku Ia Adalah Keredhaan Tuhan, Yang Perlu Aku Jejaki Sepanjang Perjalanan Kehidupan Ini….

Dua: Kita Membuat Percaturan Di Bumi, Sedangkan Tuhan Telahpun Mendahului KeputusanNya Di Langit

Tidak Terdengarpun Desiran Angin,
Tiba-tiba Saja Pepohon Bergoyang,

Manusia Tidak Pandai Menyimpan,
Maka Tiada Lagi Nilai Bagi Perkataan Yang Bernama Rahsia,

Dia Seorang Pemalu,Penyimpan Rasa Hati,
Perahsia Amanah Setiap Orang Yang Bertemu Untuk Meluahkan Pelbagai Permasalahan,
Dia Belajar Untuk Memahami,
Untuk Menjadi Orang Yang Memahami,
Mafhum Sabda Baginda Nabi;

"Barangsiapa Membebaskan Seoarang Muslim Dari Suatu Kesulitan Nescaya Allah Akan Membebaskannya Dari Kesulitan-kesulitan Pada Hari Kiamat. Barangsiapa Menutupi Aib Seorang Muslim Nescaya Allah Akan Menutupi Aibnya Pada Hari Kiamat"

Dia Berusaha Semampu Mungkin,
Untuk Menjadi Seorang Yang Jujur Terhadap Diri Sendiri,
Pada Setiap Masa, Waktu, Tempat dan Keadaan,

Terkilan Dua Kali Terkilan,
Gagal Dalam Ketiga-tiga Percubaan,
Dan Bila Rahsia Tidak Lagi Menjadi Kerahsiaaan,
Berbaloi Untuknya Mencuba,
Setelah Tiga Tahun Memendam Rasa,
Kini Impian Tinggal Kenangan,
Mungkin Tiada Lagi Untuk Di ‘Tertinggalkan’ Sesuatu Di Sana,
Melainkan Nilai-nilai Yang Dibina Di Atas Iman Yang Sempurna,
Demi Mengharapkan Jannah, Syurga Tuhan Yang Kekal Abadi,
Pengorbanan Yang Sentiasa Menjangkaui Kepentingan Peribadi,
Supaya Makin Dimengerti Maksud Berkorban, Berkhidmat dan Memberi,

Moga Dirinya Thabat, Teguh Dan Setia,
Sekiranya Dia Tidak Mampu Mengukir Nama Indah Bersama Bintang-bintang Di Langit,
Setidak-tidaknya Seharum Nama Hamba-hambaMu Yang Taat Di Bumi,
Namun Percubaannya Yang Kelihatannya Gagal Itu,
Siapapun Belum Pasti Hujung Pangkalnya,
Ada Cerita Kesedihan Dalam Cerita Kesedihan,
Bila Kita Diberi Peluang Untuk Memahami dan Mengerti,
Ia Tidak Sepatutnya Diklasifikasikan Sebagai Cerita Kekecewaan,
Tapi Cerita Tentang Percubaan Demi Percubaan,

Kita Membuat Percaturan Di Bumi,
Sedangkan Tuhan Telahpun Mendahului KeputusanNya Di Langit