Thursday 23 October 2008

Dare To Fail Yang Menjadi Kenyataan

Baru-baru ini saya dikunjungi oleh seorang junior sekolah dulu. Kedatangannya menziarahi saya bertujuan berkongsi masalah dan pengalaman. Hidup ini ada jatuh bangunnya. Berkongsi pengalaman adalah satu aktiviti positif dalam membangunkan kembali rasa keyakinan diri. Katanya dia diuji dengan kegagalan dan kehilangan pada tahun ini. Selain gagal untuk melagsungkan perkahwinan, percubaannya dalam menerokai dunia perniagaan turut musnah. Hutang-piutang pula seringkali membelengu di kepala. Apa yang mendukacitakan lagi ialah perkara ini berlaku dalam keadaan dia belum sempat meghabiskan tahun akhir pengajiannya di Universiti.

Amat Bermakna Bagi Mereka

Sekiranya menjadi tabiat kebiasaanya kita diajar bercakap dan memberi pandangan, adakalanya sesekali elok juga kita berlatih dan membiasakan diri untuk mendengar orang meluahkan permasalahan. Meskipun kita mungkin cuma sempat meluangkan masa untuk mendengarnya sekadar tempoh menghabiskan secawan teh O panas. Pengorbanan tersebut amatlah bermakna bagi mereka.

Making Mistakes Is Simply Mean You Are Learning Faster

Menceritakan pengalamannya bagaimana dia berani mengambil risiko memulakan bisnes agak menarik juga. Ianya bermula selepas dia membaca sebuah buku yang bertajuk 'Dare To Fail' Tenyata buku tersebut banyak memberi kesan terhadap dirinya. Buktinya dia telah menangguhkan semester pengajiannya semata-mata untuk menghidupkan tapak mula perniagaannya. Oleh kerana kehidupan ini tiada siapa yang mampu menelah secara tepat kemungkinan dan keberangkaliannya maka ditakdirkan dia gagal dan kerugian. Penceritaanya tersebut membantu saya memberi beberapa respon sebagai perkongsian pandangan. Teringat saya satu kata-kata positif yang berbunyi: 'Making Mistakes Is Simply Mean You Are Learning Faster', melakukan kesalahan bermakna anda belajar sesuatu dengan lebih cepat.

Kekuatan minda secara positif sahaja tidak mencukupi. Perancangan yang tersusun rapi dan teliti, amatlah perlu dalam merangka satu plan tindakan. Meskipun untuk memulakan sesuatu usaha yang mencabar pemikiran positif ke arah kejayaan amatlah digalakkan. Namun dalam merancang plan tindakan perkara-perkara negatif yang mungkin berlaku perlu juga diambil kira. Setidak-tidaknya ada persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang tidak diharapkan. Namun kadang-kadang perancangan yang disangka rapi dan teliti pun diuji oleh Allah dengan kegagalan. Maka di sinilah perlunya sifat redha dan sabar dengan ketentuan.

Keberanian Mengambil Risiko

Keberaniaan mengambil risiko adalah satu sikap yang melambangkan optimis dan keyakinan diri. Namun keberaniaan ini perlu juga mengambil kira kemampuan dan kekuatan yang ada. Sikap terlalu berhati-hati kata orang sama risikonya dengan sikap terlalu kurang berhati-hati. Mengambil langkah sederhana adalah jalan pertengahan yang mungkin memuaskan keseimbangan antara keberanian dan ketakutan. Dan Islam juga suka kepada kesederhanaan.

Sebahagian dari kita mungkin suka dengan cara yang begini. Melihat risiko dan mengukur kemampuan diri sebelum mengambil sebarang tindakan. Namun perkara ini adalah pilihan yang tidak menentu, adakalanya kita teringin untuk melakukan sesuatu percubaan yang mungkin melampaui tahap kemampuan yang kita jangkakan. Sesekali membuat percubaan berani seperti ini saya kira perlu untuk meningkatkan keyakinan diri. Tapi sebelum itu pastikan diri kita sanggup menerima kegagalan sekiranya tidak berjaya seperti yang dihajatkan.

Kegagalan Yang Diterbalikkan

Saya sempat membaca buku Billi ini secara langkau kira-kira dua tahun lalu ketika mengunjungi sebuah kedai alat-tulis di Pulau Pinang. Kejayaan sebenar 'Dare To Fail' pada hemat saya bukanlah kerana dia ingin menceritakan kejayaaan. Kejayaan 'Dare To Fail' ialah kerana kegagalan yang cuba diterbalikkan. Menukarkan kegagalan kepada sesuatu yang positif untuk tidak terus berputus-asa berhadapan dengan cabaran.

Secara penelitiannya pemikiran positif ini telahpun diajar di dalam al-Quran, hadis-hadis dan kitab-kitab sirah perjuangan para rasul dan nabi-nabi. Malah ianya dapat dilihat dalam kehidupan para salafusoleh generasi yang menempah nama indah dalah sejarah yang layak untuk dikaji. Ianya teguh kerana tumbuh dari benih keimanan dan ketakwaan yang bersumberkan wahyu al-Quran dan Sunnah nabi.

Dan akhir pertemuan tersebut saya menyatakannya padanya: 'Betullah apa yang anta baca, dare to fail, berani untuk gagal, sekarang kena berani la..' dan kenyataan dare to fail ini perlulah dihadapi dengan tabah dan sabar.

No comments: