Sunday 19 October 2008

Impian dan Kegagalan

Satu: Impian dan Kegagalan

Kata Orang, Ketakutan Yang Dibayangi Kegagalan Lalu Namanya Trauma,
Kataku Ia Merupakan Ujian, Supaya Semakin Kuat Lagi Pergantunganku Kepada Tuhan,

Kata Orang Kegagalan Yang Lalu Usah Dikenang,
Kataku Sememangnya Ia Cuba Dilipat Simpan, Cuma Dibuka Sekali-sekala Sebagai Rujukan Pengalaman,

Kata Orang, Mereka Yang Diuji Disayangi Tuhan, Untuk Dihadiahkan Dengan Kekuatan,
Kataku Aku Adalah HambaNya Yang Lemah Malah Serba Kekurangan,

Kata Orang, Kadangkala Allah Sembunyikan Matahari, Dia Datangkan Petir dan Kilat. Kita Menangis dan Tertanya-tanya, Kemana Hilangnya Sinar...Rupa-rupanya Allah Nak Hadiahkan Kita Pelangi
Kataku Indahnya Pelangipun Singgahnya Sebentar Cuma,

Kata Orang, Apalagi Yang Paling Besar Yang Ingin Kau Cari sekiranya Ditakdirkan Impianmu Tuhan Cukupi,
Kataku Ia Adalah Keredhaan Tuhan, Yang Perlu Aku Jejaki Sepanjang Perjalanan Kehidupan Ini….

Dua: Kita Membuat Percaturan Di Bumi, Sedangkan Tuhan Telahpun Mendahului KeputusanNya Di Langit

Tidak Terdengarpun Desiran Angin,
Tiba-tiba Saja Pepohon Bergoyang,

Manusia Tidak Pandai Menyimpan,
Maka Tiada Lagi Nilai Bagi Perkataan Yang Bernama Rahsia,

Dia Seorang Pemalu,Penyimpan Rasa Hati,
Perahsia Amanah Setiap Orang Yang Bertemu Untuk Meluahkan Pelbagai Permasalahan,
Dia Belajar Untuk Memahami,
Untuk Menjadi Orang Yang Memahami,
Mafhum Sabda Baginda Nabi;

"Barangsiapa Membebaskan Seoarang Muslim Dari Suatu Kesulitan Nescaya Allah Akan Membebaskannya Dari Kesulitan-kesulitan Pada Hari Kiamat. Barangsiapa Menutupi Aib Seorang Muslim Nescaya Allah Akan Menutupi Aibnya Pada Hari Kiamat"

Dia Berusaha Semampu Mungkin,
Untuk Menjadi Seorang Yang Jujur Terhadap Diri Sendiri,
Pada Setiap Masa, Waktu, Tempat dan Keadaan,

Terkilan Dua Kali Terkilan,
Gagal Dalam Ketiga-tiga Percubaan,
Dan Bila Rahsia Tidak Lagi Menjadi Kerahsiaaan,
Berbaloi Untuknya Mencuba,
Setelah Tiga Tahun Memendam Rasa,
Kini Impian Tinggal Kenangan,
Mungkin Tiada Lagi Untuk Di ‘Tertinggalkan’ Sesuatu Di Sana,
Melainkan Nilai-nilai Yang Dibina Di Atas Iman Yang Sempurna,
Demi Mengharapkan Jannah, Syurga Tuhan Yang Kekal Abadi,
Pengorbanan Yang Sentiasa Menjangkaui Kepentingan Peribadi,
Supaya Makin Dimengerti Maksud Berkorban, Berkhidmat dan Memberi,

Moga Dirinya Thabat, Teguh Dan Setia,
Sekiranya Dia Tidak Mampu Mengukir Nama Indah Bersama Bintang-bintang Di Langit,
Setidak-tidaknya Seharum Nama Hamba-hambaMu Yang Taat Di Bumi,
Namun Percubaannya Yang Kelihatannya Gagal Itu,
Siapapun Belum Pasti Hujung Pangkalnya,
Ada Cerita Kesedihan Dalam Cerita Kesedihan,
Bila Kita Diberi Peluang Untuk Memahami dan Mengerti,
Ia Tidak Sepatutnya Diklasifikasikan Sebagai Cerita Kekecewaan,
Tapi Cerita Tentang Percubaan Demi Percubaan,

Kita Membuat Percaturan Di Bumi,
Sedangkan Tuhan Telahpun Mendahului KeputusanNya Di Langit

No comments: