Wednesday 22 October 2008

Motivasi Buat Para Du'at

Motivasi
Sebahagian pakar bahasa menyatakan bahawa perkataan motivasi itu berasal dari perktaan Latin Movere yang bermaksud bergerak. Ini bermakna istilah motivasi merujuk kepada makna mendorong, mengarah dan mengekalkan sesuatu tingkah laku ( Rujuk Prof Abdullah Hassan Psikologi Moden Untuk Pendakwah ).

Apabila bercakap tentang motivasi secara umumnya pakar-pakar psikologi mengkaji motivasi dari tiga sudut untuk merungkaikan tiga persoalan.

Pertama: Sejauh mana seseorang itu sanggup menggunakan tenaganya untuk melakukan sesuatu perbuatan dan mengapa sesuatu perbuatan itu sangat kuat dilakukan. Aspek ini dinamakn keamatan atau istensiti.

Kedua: Apakah arah atau matlamat seseorang itu melakukan sesuatu perkara menjurus ke arah itu tidak ke arah yang selainnya.

Ketiga:Selama manakah seseorang itu akan terus bertahan melakukan perkara itu.

Duat

Duat merupakan kalimah jama bagi perkataan dai yang bermakud penyeru. Apa yang dimaksudkan ialah pendakwah yang menyeru menusia ke jalan Allah serta membawa risalahNya di muka bumi ini.Maka tulisan saya bertujuan melihat sejauh mana seorang dai itu sanggup menggunakan tenaganya untuk melakukan kerja-kerja dakwahnya, apakah matlamat yang mendorongnya berkerja kuat ke arah itu, dan sejauh manakaha dirinya mampu bertahan untuk meneruskan usaha-usahanya itu.

Matlamat Utama Seorang Dai.

Untuk setiap kerja yang manusia usahakan secara bersungguh-sungguh terdapat sesuatu matlamat atau visi yang ingin dicapai। Maka matlamat utama bagi seorang da’i adalah mencapai redha Allah a’zza wajalla. Untuk mencapai matlamatnya itu maka dia mengerahkan tenaganya menghala ke arah itu, bermatlamatkan redha Allah Taala. (Allahu Ghayatuna). Bertitik-tolak dari niat yang ikhlas serta tulus murni itu maka dia mampu untuk terus bertahan dan istiqamah meneruskan usaha-usahanya tanpa jemu dan putus-asa. Samada dalam keadaan senang mahupun susah, suka ataupun duka, dipuji mahupun dikritik, disokong ataupun bersendirian, langkah dan usahanya tetap diteruskan. Tidakkah kita pernah mendengar sesugguhnya orang-orang yang membantu agama Allah itu ( auliyaullah ) mereka tidak pernah dihantui perasaan takut dan tidaklah mereke sentiasa berdukacita.

Kemantapan Iman serta Keyakinan Yang Tinggi

Salah satu sebab mengapa para anbiya alaihimussalam serta para sahabat radiyallahuanhum terus-menerus melakukan kerja dakwah meskipun gagal dan tidak diterima oleh mad’unya ialah kerana mereka mempunyai keyakinan yang tinggi pada Allah azza wajalla। Keyakinan bahawa setiap usaha yang telah dicurahkan mendapat nilaiaan pahala dan redha di sisi Allah. Menentukan berjaya atau gagalnya usaha tersebut adalah diluar kemampuan mereka. Adapun tugas menyampaikan adalah satu kewajiapan yang mesti diteruskan sehinggalah dipanggil untuk mengadap ilahi.

No comments: