Monday 20 October 2008

Mempercayai Ramalan Horoskop III

Tulisan ini cuma pandangan saya sebagai respon kepada soalan berhubung "Rahsia Bulan Kelahiran" dari seorang anak murid saya yang telah lama saya tangguh untuk menjawabnya. Rujuk tulisan saya Horoskop I dan Horoskop II

Selayaknya, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Saya tidak begitu pasti sekiranya watak atau karakter seseorang memang boleh dipengaruhi oleh bulan kelahirannya. Saya bukanlah ahli biologi atau saintis yang mengkaji perkaitan antara peredaran bulan dan sistem biologi manusia sehingga mempengaruhi watak dan sikapnya.

Secara logiknya perwatakan dan sikap manusia dipengaruhi oleh faktor sekelilingnya. Kedudukan dalam keluarga, anak sulong umpamanya mungkin mempunyai beberapa ciri-ciri hampir sama dengan anak-anak sulong yang lain kerana kedudukannya sebagai anak yang pertama. Ibu-bapa yang soleh lazimnya melahirkan anak-anak yang soleh dan taat pada tuhannya kerana merekalah yang mencorakkannya. Biah pesekitaran serta kawan-kawan yang mendampingi kita sedikit-sebanyak mampu mempengaruhi kita. Faktor-faktor persekitaran ini banyak dikaji oleh pakar-pakar psikologi yang dimuatkan dalam pelbagai buku yang tidak terhitung banyaknya.


Dan kami tidaklah menemui dalil-dalil Quran mahupun sunnah yang menyokong bahwa sifat-sifat dan perwatakan manusia dipengaruhi oleh bulan-bulan tertentu. Dan kami meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa sesugguhnya Allah telah menetapkan sesuatu takdir masa hadapan yang kami tidak tahu dan tugas kami sebagai hamba hanyalah berusaha dan berusaha dalam perjuangan mencari redhanNya.Ada pakar psikologi pernah menyatakan"Andaian dan aggapan seseorang itu adakalanya bertukar menjadi kenyataan", ini adalah sebab individu tersebut meyakini anggapan tersebut. Contohnya orang yang meyakini bahawa dia dilahirkan berbakat menjadi artis dan dia berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu, dan ditakdirkan dia berjaya, maka anggapannya itu akhirnya menjadi kenyataan. Begitu juga orang yang menganggap dirinya bodoh dan malang, maka dia berhenti berusaha dan putus-asa, maka dia akhirnya menjayakan anggapannya tersebut untuk menjadi bodoh dan gagal akhirnya.

Dalam dunia realiti, tidak ada apa yang pasti. Mereka yang sentiasa yakin dan optimis akan berjaya dalam setiap usahanyapun adakalnya menghadapi kegagalan juga. Mereka yang berfikiran positif tidak pernah menganggap kegagalan itu sebagai perkara yang negatif untuk berhenti dari berusaha. Mafhum sabda baginda Nabi 'Alangkah bahagianya seorang mukmin itu: "Ketika diberi nikmat dia syukur, dan ketika diuji dia sabar"


----------------------ALWAYS THINK POSITIVE------------------------

No comments: