Sunday, 19 October 2008

Nasyid: Medium Dakwah Atau Alternatif Hiburan

Zaman kanak-kanak sekolah dulu selalu juga masuk nasyid. Alam remaja di bangku sekolah menengah juga sesekali tidak ketinggalan, meskipun majornya aktiviti di sekolah menengah banyak dihabiskan dengan aktiviti persatuan, Badan Dakwah & Kebajikan. Turun bernasyid hanya sebagai 'harmoni' pelengkap kumpulan 'Khairan'. Kumpulan yang pernah berhasrat membuat album tetapi tidak kesampaiaan. Kemudiannya 'Khairan' terlebur dengan penghijrahan anggota-anggotanya menyambung pengajian. Cuma baru-baru ini saya bertemu ketuanya yang telahpun menubuhkan kumpulan baru, kumpulan Zulfan. Kumpulan nasyid yang sebaya ketika itu ialah 'Sabda' SMKAK. Sabda melangkah jauh sedikit dengan album mereka. Dan Amarpun lahir secara sendirian selepas itu.Pada saya nasyid boleh dijadikan sebagai alternatif hiburan. Turun bernasyid sesekali macam juga turun padang bermain bolasepak. Tapi rasanya bermain bola lebih membakar auranya.

Namun apabila usia semakin meningkat dewasa, kita telahpun mengurangkan penumpuan terhadap perkara-perkara tersebut untuk diberi kepada perkara-perkara lain yang lebih menuntut kepada kesungguhan. Bersama anak-anak sekolah adakalanya mengenangkan zaman silam. Zaman yang tidak akan kembali lagi. Ada anak-anak bertanya mengapa ustaz tak berdakwah dengan nasyid?Ada orang berkata nasyid boleh dijadikan medium dakwah. Cuma saya sesekali tertanya-tanya, sejauh mana nasyid mampu berdakwah, mengislamkan insan, menyedarkan ummah yang alpa dan leka, menaikkan semangat cintakan agama.


Persoalan ini bukanlah untuk menafikan sumbangan yang dilakukan oleh mereka yang berada dalam bidang ini. Persoalan ini mungkin sekadar muhasabah diri buat semua.Dengan lambakan nasyid yang sedang bercambah di bumi Malaysia ini, saya percaya nasyid mampu dijadikan alternatif hiburan. Untuk menjadi medium yang berkesan dalam dakwah ada lembaran-lembaran baru yang boleh dikaji. Adakalanya mendengar nasyid-nasyid yang dulu-dulu lebih membangkitkan kesedaran dari nasyid-nasyid sekarang. Selamat berjuang untuk semua...

2 comments:

asriey said...

mengimbau kenangan latihan bersama khairan di maktab mahmud. lagu yg femes ketika itu "cinta wanita, membawa kecewa.. cinta .."

mocha said...

saya pernah membaca sonata kasihku, dan tertunggu2 komen ustaz tentangnya.apapun, saya lebih cenderung kepada novel karya fatimah syarha [syabab, tautan hati],habibur rahman el-shirazi[ayat-ayat cinta/ketika cinta bertasbih-skrg dah keluar filemnya], hilal asyraf[blog : langitilahi.com]...pada saya, nilai2 islamik di dalamnya tidak mengelirukan pembaca meskipun ramai yang mengatakan ianya terlalu idealistik.